Friday 7 September 2012

WOWWWW!!!!!!!RAHSIA kecantikkan perempuan dari perbagai negara dari seluruh dunia


Fakta Disebalik Kecantikan Perempuan di perbagai Negara - Banyak yang cakap cantik itu relative, bergantung dari yang menilainya.Walau bagaimanapun, ramai perempuan di dunia yang impikan untuk memiliki wajah cantik berseri serta kulit mulus. setiap perempuan di dunia mempunyai rahsia dalam menjaga kecantikannya. berbeza negara, beza pula caranya. ingin tahu caranya???lihat di bawah ini:

MALAYSIA


Cara Gadis&wanita di Malaysia mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman mereka dengan memakan
ulam-ulaman yang banyak terdapat di Malaysia,contohnya: pegaga(dapat menghilangkan keputihan),
ulam raja(menambah oksigen dalam darah),rumpai laut(menambah kolagen dalam kulit) dan sebagainya. Semua ini dapat mengubati penyakit&menghalang dari terjadinya penyakit serta mencantikkan kulit.





CHINA



melembabkan kulit yg kering dengan minyak zaitun&merapikan anak rambut halus yang berjuntai ,mereka juga suka memakan makanan yang berherba contohnya : sup herba( yang diperbuat dari herba-herba cina)






FRANCE



Perempuan france sangat mementingkan kecantikan. Mereka ini dikenali sangat teliti dalam merawat tubuh dan kulit secara rutin sebagai tindakan pencegahan terhadap munculnya masalah kulit.

"Ini ertinya mereka melakukan facial setiap minggu, massages secara teratur dan membersihkan sisa make up setiap malam,” ujar Shannon Gallogly, seorang pakar kecantikan.

Untuk melakukan facial di rumah, Shannon memberi resepinya. Campur dan haluskan buah dan biji delima lalu gunakan sebagai masker wajah.biarkan selama kurang lebih 6minit, kemudian bersihkan masker dengan air suam utk meningkatkan stimulasi

Masker ini akan membantu mencerahkan kulit dengan enzim semulajadinya, dalam masa yang sama akan mengencangkan kulit wajah




SEPANYOL



Rahsia kecantikkan rambut wanita Spanyol ialah pada jus cranberry. Mereka menggunakan jus ini untuk membilas setelah rambut mereka dibersihkan dengan syampu.

Caranya, campur 1/4 gelas jus cranberry dengan 1/4 gelas air, lalu cuci rambut dengan campuran itu., Untuk menghilangkan lingkaran hitam di mata, wanita Spanyol menempelkan hirisan kentang tipis di atas mata mereka selama 10 menit.





AUSTRALIA

 

Wanita di Australia merawat kulit mereka supaya tetap muda dengan bantuan tea tree oil. Minyak ini membuat segala masalah kulit dapat dirawat. Cukup dengan cara menitiskan tea tree oil ke dalam pembersih atau pelembab  bila hendak digunakan.

Gadis di Australia suka memakai sandal yang selesa&untuk menjaga kecantikan kulit kaki mereka menggosok kaki mereka menggunakan apricot





JAMAICA

 

Kulit pisang sangat berharga untuk wanita Jamaica. Mereka menggunakan kulit ini untuk melindungi wajah mereka dari sinar matahari dan merawat kulit yang terbakar. Caranya cukup mudah, kulit pisang digosokkan ke seluruh wajah. cara ini juga dapat mengubati jerawat!





TAIWAN



Wanita Taiwan suka minum teh untuk menjaga kecantikan kulit. Mereka menggunakan teh untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cahaya matahari.  caranya hanyalah oleskan hampas teh yang telah digunakan ke kulit wajah,biarkan seketika&bilas.





POLAND

 

Madu adalah rahsia bagi wanita di Poland untuk melembabkan kulit wajah. Mereka mengoleskan madu ke seluruh wajah dan kemudian membersihkannya setelah beberapa  minit. Mereka juga menggunakan madu untuk melembutkan bibir.






YUNANI



“Perempuan Yunani dikurniakan dengan kulit mediterian, yang berwarna terang tetapi memiliki cukup melanin untuk melindungi dan menyerap sinar UV yang berbahaya," kata dermatolog di New York City, Macrene Alexiades, MD, PhD.

walaupun anda tidak dikurniakan kulit sedemikian rupa,anda boleh mengcungkil rahsia kecantikan mereka di sini, mereka juga menggunakan makanan mediterian iaitu ikan

Makanan tersebut dapat meremajakan kulit-omega 3 dan asid lemak omega-6 serta buah-buahan dan sayuran, yang memiliki kandungan antioksidan dan vitamin.

Selain itu, minyak zaitun juga digunakan dalam masakan untuk kecantikkan kulit





MESIR



Untuk memjadikan gigi lebih putih, wanita Mesir menggunakan campuran baking soda dan butiran garam kasar. Setelah mencampurnya di hujung jari, mereka menggosokkannya ke permukaan gigi.

Cara lain adalah dengan mencelupkan berus gigi ke dalam campuran baking soda dan garam, kemudian mereka menggosok gigi dengan berus gigi itu.






BRAZIL

 

Wanita Brazil menggunakan pasir pantai untuk menyingkirkan sel kulit mati dari tubuh mereka? Caranya, dengan mengambil segenggam pasir pantai, lalu digosokkan ke tubuh!






SCANDINAVIA



Wanita Scandinavia amat mengetahui kepentingan air. Mereka minum 2 liter air setiap hari dan memercikkan air mineral sejuk ke wajah mereka 15 hingga 20 kali sehari. Dengan cara ini juga kecantikan kulit akan terhasil.

No comments:

Post a Comment