Saturday 10 August 2013

Rumpai laut & sabun kolagen



Betul ke rumpai laut ada khasiat? Betul ke kerajaan Malaysia ada peruntukan berjuta ringgit buat kajian atas rumpai laut Semporna, Sabah? Pelik juga tetapi masih ada yang tidak percaya. Mungkin kerana mereka bukan jenis pembaca suratkhabar dan tidak tengok tv. Kan sudah keluar berkali-kali dalam suratkhabar terpampang pasal berita ni. Dalam rancangan Nona di tv3 tahun lepas pun dah tersiar segmen rumpai laut menyebabkan orang berpusu-pusu pergi ke Sabah memborong rumpai laut.

Untuk menghilangkan segala perasaan was-was dan kurang percaya saya sertakan disini muka depan dokumen-dokumen kajian saintifik universiti-universiti tempatan. Gambar muka depan laporan di atas adalah kajian saintifik Universiti Malaysia Sabah atas rumpai laut yang ada di Semporna,Sabah. 

Sekarang saya mohon melencong sedikit dahulu. Untuk pengetahuan pembaca:

 Eucheuma cottonii adalah rumpai laut atau alga merah
Caulerpa lentillifera adalah rumpai laut atau alga hijau
Sargassum polycystum adalah rumpai laut atau alga cokelat/perang

Gred-gred rumpai laut yang di jual oleh penternak dan pembekal daripada Semporna, Sabah adalah dari spesis eucheuma cottonii yang dikeringkan. Produk rumpai laut ini adalah merupakan produk jenis mentah kering sama seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin dan lain-lain produk makanan laut kering yang belum di proses. Huraiannya adalah seperti ini:

  • Gred A - rumpai laut warna putih yang terkena serangan perosak bakteria ice-ice.
  • Gred AA - rumpai laut warna kuning emas, dikeringkan dengan jemuran dan stim.
  • Gred AAA - rumpai laut warna unggu, dikeringkan dengan jemuran dan angin panas.
  • Gred AAAA - rumpai laut warna hijau, dikeringkan dengan jemuran sahaja.
Sebab itu harga rumpai laut berbeza-beza. Kenapa gred AAAA harganya mahal? Bukan bermaksud khasiatnya lebih. Ini kerana tidak banyak penternak dapat mengkultur variasi spesis eucheuma cottonii ini. Mengikut hukum ekonomi demand dan supply, harga dia pun mahal sedikit berbanding gred lain kerana bekalan kurang. Antara kelebihan khasiatnya adalah sumber klorofil seperti spirulina tetapi ia kekurangan beta-Caroten seperti gred AAA. 

Untuk maklumat lanjut tentang produk rumpai laut asli dari sabah  : klik sini 

Sabun Collagen Rumpai Laut Dari Sabah - For Sale   Sabun Collagen Rumpai Laut Dari Sabah - Sabah     Sabun Collagen Rumpai Laut Dari Sabah - Malaysia