Saturday 4 August 2012

pokok mitos(dipercayai tumbuh di dasar laut)


Apakah yang dipegang oleh budak ini?
Sebelum korang buat macam2 andaian..let me introduce inilah seed of Coco de Mer tree a.k.a biji POKOK KELAPA LAUT. Ia sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan.
Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. (lamanyer…)
Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.
Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan (==’) yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipygeComm. ex J. St.-Hil. Callipygeialah bahasa Greek untuk punggung cantik (^^,)
Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut.
Hehe..asyik bersengalan je, sesekali kita berinfo sambil pekena jus kelapa laut yang marvellous..(patutlah air nih mahal)..Klik untuk lihat lagi gambar pokok yang unik ni


No comments:

Post a Comment