Tuesday, 7 August 2012

10 Manusia yang Paling Berbulu Di Dunia...!!


 10 orang di dunia nie mengidap penyakit pelik iaitu seluruh tubuh badan, muka ditumbuhi bulu roma yang panjang dan tebal. Bersyukurlah korang tak kena camni, tapi ada jugak yang jadi popular sebab penyakit pelik nie. Penyakit pelik ni turut dikenali sebagai "Werewolf Syndrome".

1) Yu Zhenhuan
Lahir di bandar Anshan, China, pada tahun 1979 dan bulu mula tumbuh sewaktu usianya 2 tahun dan menutupi 96% daripada badannya.

2) Jesús Aceves
Jesús "Chuy" Aceves telh lahir di Loreto, Zacatecas, Mexico, dan merupakan anak ke-2 dalam keluarganya yang mengidap penyakit ini. Mukanya dipenuhi bulu sehingga ada yang menggelarnya Werewolf @ Monkey Man. Chuy sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan (salah seorang mewarisi penyakitnya). Pada tahun 2007 dia pernah masuk dalam program Ripley's Believe It or Not! dan Guinness World Records.

3) Adik beradik Ramos Gomez brothers
Victor "Larry" dan Gabriel "Danny" Ramos Gomez sekarang menjadi ahli akrobatik. Mereka pernah berpeluang untuk memegang watak dalam siri The X-Files. 

4) Stephan Bibrowski
Stephan Bibrowski (1891–1932) lahir di Warsaw, Poland, atau lebih dikenali sebagai Lionel the Lion-Faced Man, merupakan seorang penghibur. Seluruh tubuh badannya diseliputi bulu setebal inci seperti seekor singa.

5) Pruthviraj Patil
Pruthviraj Patil di Sangali berhampiran Mumbai dalam sebuah keluarga petani yang boleh dikatakan dikenali ramai. Dengan penyakit Werewolf Syndrome yang dihiapinya telah membuatkan seluruh mukanya ditumbuhi bulu. Keluarga telah mencuba pelbagai perubatan tradisional dan moden seperti pembedahan laser tetapi satu pon tidak berhasil.

6) Annie Jones
Annie Jones (1860 – 1902) adalah seorang wanita berbulu lebat di Amerika yang lahir di Virginia. Dia mengembara bersama P. T. Barnum sebagai tarikan pelancong ke sarkas. Setelah dewasa dia jadi semakin terkenal sehingga dapat mengembara ke Russia.

7) Supatra Sasuphan
Supatra Sasuphan adalah seorang gadis berusia 13 tahun di Thailand. Di sering diejek sebagai "monkey face" and "wolf girl" oleh kanak-kanak lain. Tetapi dapat berada dalam Guinness World Record sedikit sebanyak membanggakann dan mempopularkan dia kat sekolah.


8) Julia Pastrana
Julia Pastrana (1834–25 March 1860) adalah seorang wanita Mexico yang lahir dengan penyakit pelik nie. Bukan itu saja, malah telinga, hidung dan bentuk mukanya terlalu pelik.



9) Percilla Bejano
Percilla telah lahir pada 26 April 1911 di bandar Bayamon. Sejak kecil dia menarik minat orang ramai yang melihatnya serta doktor yang mengubatinya. Percilla telah meninggal dunia pada tahun 2011 pada usia 89tahun.

10) Fedor Jeftichew
Talah lahir pada tahun 1868 di St. Petersburg, Russia. Dia juga mengikut P.T. Barnum untuk mengembara sejak berusia 16 tahun. Dia boleh berkomunikasi dalam 3 bahasa iaitu Russian, German dan English.

No comments:

Post a Comment