Satu masa dahulu, di pasar malam di JB selalu kelihatan kelibat peminta sedekah yang mempunyai kecacatan fizikal. Ada yang tidak ada kaki, tiada tangan, meniarap di tengah jalan untuk menarik simpati ikhsan dari saku pengunjung pasar malam.
Kemudian pihak berkuasa telah membongkarkan bahawa mereka adalah dari sindiket warga asing. Mungkin dari negara-negara perang di sekitar Asean seperti Myanmar kerana warna kulit dan rupa paras mereka ada seiras-iras orang Melayu sebab tu ramai yang tiada kaki.
Pada abad pertengahan Eropah, menjadi orang istimewa boleh mendapat habuan kerana mereka dipertontonkan seperti di sarkas dan di bawa ke merata tempat untuk dipertontonkan kepada penonton.
Dan diantara orang-orang yang menyertai pertunjukan yang aneh itu, ini dia antara yang terpelik.
Lahir tahun 1862, Joseph Merrick memiliki kelainan fizikal iaitu telinganya tumbuh sangat besar ketika dia berumur lima tahun. Dia mengikut sebuah pertunjukkan di tahun 1884, di sana dia dilayan dengan baik dan mendapat banyak wang. Seorang doktor yang pengunjung melihatnya dan merancang mengubah hidupnya. Dengan teknologi perubatan sekaran diketahui Joseph Merrick sebenarnya menderita sindrom Proteus dan bukan elephantiasis yang seperti yang dinyatakan semasa itu.Merrick meninggal pada usia 27 tahun.
Josephine Myrtle Corbin lahir di Lincoln Country, Tennesee tahun 1868. Dia lahir dengan mempunyai dua tunggul bersebelahan pinggangnya. Kaki tambahan ini adalah bahagian dari kembarannya yang menyebabkan Frank Lentini seperti mempunyai empat kaki. Setiap kaki kecilnya bersepasang dengan kaki yang besar, Dia mengatakan boleh menggerakkan kali kecilnya, tapi tidak cukup kuat buat berjalan. Dia mempunyai lima orang anak.
Lahir di Basle, Switzerland, tahun 1884, Gabrielle Fuller pertama kali mengikut sarkas di Paris Exposition tahun 1900. Dia melakukan perjalanan dengan Ringling Brothers Circus tampil di pertunjukkan Dreamland Coney Island. Dia berkahwin dua kali, yang pertama dengan John de Fuller. Dia punya badan atas yang sempurna yang berakhir di pinggang.
Mary Ann Webster lahir di London pada tahun 1874,dengan tujuh beradik. Semasa muda, dia bekerja sebagai jururawat dan tahun 1903 berkahwin dengan seorang penjual sayuran, Thomas Bevan. Tidak lama selepas berkahwin, Mary Ann mulai memperlihatkan gejala acromegaly, pembesaran kerana pertumbuhan abnormal dan kelainan fungsi di wajah, seperti sakit kepala, penglihatan kabur dan sakit otot dan sendi. Dia mempunyai empat orang anak.
Madame Clofullia lahir dengan nama Josephine Boisdechene di Switzerland. Kata orang, dia lahir dengan tubuh berambut dan punya janggut setebal 2 inci.Di umur lapan tahun, dia mulai melakukanpertunjukan di Eropah bersama ayahnya.Dia menjadi terkenal kerana janggutnya masa itu seakan-akan Napoleon III.
6. Wang – Manusia Bertanduk
Tahun 1930, seorang petani Cina dari Mancgukuo bertemu dengan seorang banker Russia. Orang Russia itu mengambil gambar petani itu dan mengirimkan gambarnya ke Robert Ripley dari acara ‘Believe It Or Not’.
Dikenali sebagai Wang, petani ini sebenarnya bertubuh normal, kecuali tanduk sepanjang 14 inci yang tumbuh dari belakang kepalanya.
Stephan Bibrowsky lahir di Ploandia tahun 1890 dari orang tua yang normal. Dia menderita hypertrichosis, kelainan genetik yang jarang terjadi yang menutupi seluruh tubuh dengan bulu. Hanya ada sekitar 50 kes dari kelainan ini yang diketahui sejak abad pertengahan. Dalam kes Lionel, rambut sepanjang enam inci menutupi badannya. Dia ditemui oleh seorang dari Jerman semasa dia berumur empat tahun dan menjadi terkenal di Eropah dimana dia mendapat gelaran manusia berwajah singa.
8. Ella Harper – Gadis Unta
Dia berkata: “Saya dipanggil gadis unta kerana lutut saya menghadap belakang. Saya boleh berjalan dengan tangan dan kaki saya seperti yang anda lihat di gambar. Saya telah merantau untuk pertunjukkan selama empat tahun dan sekarang, tahun 1886 dan saya memutuskan berhenti dan pergi ke sekolah dan mencari kegiatan baru”
Subhanallah....
No comments:
Post a Comment