Wednesday, 15 August 2012

6 Jenis Makanan Yang Boleh Hindari Migrain






1. Telur

Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.



2. Kekacang

Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

 
3. Susu skim

Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat menyebabkan migrain.
 



 
4. Biji rami

Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.



. 
5. Bayam

Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain



. 
6. Salmon

Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain 

No comments:

Post a Comment