Lat tut? Apa itu lat tut? Namanya agak unik dan pelik. Mungkin juga pembaca tidak pernah mendengar nama lat tut dan tahu mengenainya. Lat tut merupakan sejenis rumpai laut yang dijadikan ulaman di kalangan penduduk Langkawi. Lat tut ini biasanya tumbuh di laut yang agak dalam dan perlu menyelam ke dasar laut untuk memperolehinya. Lat tut seperti dalam foto ini boleh di beli di pasar basah dengan harga RM7.00/kg. Lat tut tidak selalu didapati di pasaran kerana ianya bermusim. Rasanya sedikit masin, rangup, lembut dan mempunyai bau seperti air laut kerana ia hidup di dasar laut.
Showing posts with label Rahsia Tumbuhan. Show all posts

Monday, 1 October 2012
Buah nenas batu yang menyamai nenas biasa tetapi saiznya lebih kecil dengan tangkai buah yang panjang
Pengenalan
Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.
Kegunaan
Nama botani :Mimosa pudica L.
Famili : Leguminnosae
Nama Lain : Malu-malu, Puteri malu, Kembang gajah, Rumput rimau, Memalu, Keman, Duri keman
Pengenalan
Pokok semalu merupakan tumbuhan yang hidup meliar di tepi jalan, kawasan terbiar dan padang. Semalu lebih menggemari kawasan yang agak terdedah kepada sinaran matahari. Pokok terkenal kerana keunikannya tersendiri iaitu daun yang akan menguncup jika disentuh atau terkena sesuatu objek. Semalu berbatang agak liat dan mempunyai duri tajam yang berbentuk seperti cangkuk.

Friday, 21 September 2012
Jambu biji merupakan tanaman dari genus Psidium dan terbagi atas banyak spesies. Tanaman ini berasal dari Meksiko dan Amerika Tengah, beberapa tempat di kepulauan Karibia, serta Afrika Utara. Namun kini tanaman ini telah dibudidayakan di berbagai tempat di dunia, khususnya di daerah tropis dan subtropis.
Jambu Biji (Psidium guajava) tersebar meluas sampai ke Asia Tenggara termasuk Indonesia, sampai Asia Selatan, India dan Srilangka. Jambu biji termasuk tanaman perdu dan memiliki banyak cabang dan ranting; batang pohonnya keras. Permukaan kulit luar pohon jambu biji berwarna coklat dan licin. Apabila kulit kayu
Wednesday, 12 September 2012
Monday, 10 September 2012
BAWANG PUTIH
Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.
Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.
KANGKUNG
Sunday, 3 June 2012
Bunga Butang, Globe Amaranth, Batchelor’s Buttons ( COMPHRENA GLOBOSA
Bahagian yang digunakan ialah seluruh herba.
Kegunaan
Asma, batuk berdarah, batuk lama, kanak-kanak demam disebabkan radang hati,sakit perut, bronkitis, sakit kepala, melawaskan buang air kecil, masalah keputihan.
Air panas yang mendidih dan dicampurkan dengan kuntuman bunga putih baik untuk
merangsangkan peluh, membantu penghadaman, membuang angin dan merawat rasa pedih ketika membuang air kecil.
Ia juga dapat membantu masalah yang berkaitan dengan bronkitis dan batuk.
Air campuran bunga dapat menghilangkan hingus dan kahak.
Daunnya jika direndam di dalam air mendidih dapat merawat demam, diabetes dan juga tekanan darah tinggi.
Sekiranya mengalami masalah kulit yang berbintik merah akibat demam, tumbuk daunnya sehingga lumat dan tampal pada kulit.

Saturday, 2 June 2012
DAUN SALAM ( serai kayu, samak kelat, bay leaf, daeng klua(Thai)
Pokok salam adalah sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Tetapi ia termasuk dalam kategori tumbuhan rempah kerana kegunaannya yang meluas dalam pelbagai masakan melayu terutamanya masakan Indonesia. Ia mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun, ketinggian yang biasa dijumpai adalah 60 kaki. Ia mempunyai dahan yang merimbun dan berbentuk.ringkas. Bunganya berwarna putih (ada yang berwarna merah muda) dan mempunyai bau wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah dan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Rasanya manis dan sedikit kelat. Daunnya yang kering berbau wangi seakan serai. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.
Perubatan herba menggunakan daun salam mengubati penyakit kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuk daun, akar, kulit batang dan buah. Bagi merawat diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.
Daunnya digunakan merawat kudis dengan cara ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga digunakan bagi menurunkan kolesterol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya tiga kali sehari.

Friday, 1 June 2012
rumput gelang sambal mudah didapati di mana2 sj,
rumput ini amat berguna utk memulihkan jerawat
yg tumbuh pada lapisan kulit.
Dengan membasuh akarnya dengan air hujan
@perigi, jgn basuh dgn air paip krn akan
mengurangkan khasiatnya, akar&daun rumput
gelang sambal yg dibersihkan td ditumbuk lumat
& dicampur tepung beras sehingga sebati&
keringkan. bedak kering ini blh disapukan pada
muka pada pagi& malam.

Subscribe to:
Posts (Atom)