Wednesday 12 September 2012

Khasiat Pokok Jeremin



Nama Botani : Pelargonium radula
Famili: Geraniaceae

Pengenalan

Pokok jeremin merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual(sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan kering.


Kegunaan


Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.


No comments:

Post a Comment