Saturday, 15 September 2012

Tips Untuk Menghalang Semut Dari Memasuki Bekas Gula





Ada pepatah mengatakan "Ada gula ada semut", ternyata ini bukan pepatah semata-mata kerana seringkali

kita merasa geram apabila di dapur semut-semut berkeliaran. Yah tapi mahu bagaimana lagi, mereka memang hidup mengumpulkan serbuk-serbuk makanan.

Tatkala suasana dingin, hujan rintik-rintik saat yang tepat membuat secawan teh hangat sambil menikmati suasana yang selesa. Kemudian anda berganjak dari tempat duduk dan berniat membuat secawan teh. Tak disangka ternyata bekas gula dipenuhi dengan semut kerana anda lupa menutupnya kembali. Huh dasar semut-semut nakal!

Tak perlu anda bimbang hal ini terjadi lagi, ada tips mudah mengusir si semut nakal dari bekas gula anda.bukan dengan memasukkan ubat pembasmi serangga ke dalam gula lho! Hanya masukkan 3 atau 4 butir bunga cengkih ke dalam gula, nescaya para semut tak mahu menghampiri dalam bekas gula lagi. Selamat menikmati teh hangat anda.

No comments:

Post a Comment