Friday 14 September 2012

JOM CUBA!!!! CHAR KUEY TEOW POWER!!!


PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:
Bahan-Bahan:
1  Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 mangkok (cup) gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).
250  ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).
125  ml (1/2 cup) Kicap Ikan.
250 ml (i cup) Kicap Sotong.
Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.
CHAR KUEY TEOW POWER
BAHAN-BAHAN:
1 kg.  kuey teow.
7 biji telur.
300gm taugeh.
250 gm daun kucai
1 kilo udang besar segar bersaiz “ A”.
250 gm Cili Boh.
5 ulas bawang putih (kupas kulitnya dan ditumbuk kasar/crush dan masukan dalam cili boh).
1 cup minyak masak.

CARA-CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.
2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci. Taugeh dibasuh bersih.
3. Panaskan kuali dengan api yang kuat, apabila kuali panas masukkan minyak masak. Masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan kuali dari dapur dan masukan udang dalam alam sebuah bekas asing. Kuali yang bertangkai kayu amat sesuai untuk menyediakan resepi ini.
4. Panaskan kembali kuali dan masukkan 1 sudu kecil cili boh (kepedasan terpulang pada rasa anda) bersama bawang putih yang telah hancurkan ke dalam cili boh – minyak gorengan udang mencukupi untuk gorengan seterusnya.
5. Masukkan secekak kuey teow, taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras 3-5 saat sudah memadai. Masukkan 2 senduk pes yang telah sedia ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera keluarkan kuali dan tuang kedalam pingan hidang tersedia. Masukkan udang yang tersedia goreng ke atas kuey teow anda. Boleh guna cili jeruk untuk menambahkan kelazatan.



Resepi Cili Jeruk:
Bahan-Bahan:
1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.
2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel di atas api yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai awet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan Sodium Benzoate dlm kadar yang diluluskan oleh WHO.

No comments:

Post a Comment