Monday, 10 September 2012

Petua kesihatan


HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda menikmati buah durian, mulut atau sendawa akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula akan terasa mual, pening atau mabuk. Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air didalamnya. Ratakan air itu dan minumlah.

 
UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi keatas kulit berkenaan sebaik ianya terkena. 


PELUH DIKETIAK
Peluh yang berlebihan pada ketiak pasti menyakitkan hati. Ia juga meninggalkan kesan kuning pada pakaian terutama disekitar ketiak baju. Cara mengatasinya, tumbuklah tawas hingga halus, kemudian diayak. Simpan serbuk tawas itu dalam botol kedap udara. Gunakan tawas ini setiap seringkali selepas mandi dengan cara digosokkan pada ketiak.


MINYAK TANAH HILANG KUTU
Satu petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah diserata kepala. Kemudian balut kepala dengan tuala lembap. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda akan bebas daripadanya.



KASUT BARU, KAKI MELECET
Jika anda menggunakan kasut baru, biasanya kaki anda akan melecet dan sudah tentu anda kurang selesa untuk berjalan dan mengurangkan gaya anda bila berjalan. Untuk mengatasi kaki melecet bila memakai kasut baru, anda boleh sapukan minyak kelapa disekeliling kasut anda sebelum dipakai. Atau anda sapukan bawang merah pada kaki anda. Dengan ini kaki anda tidak akan melecet.


MENJAGA KESEGARAN MATA
Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh amalkan perubatan cara tradisional. Caranya ambil daun lobak merah, rendam dalam 1 mangkuk air panas , biarkan beberapa minit setelah itu minum airnya 3 kali sehari sebelum makan. 

No comments:

Post a Comment