Friday, 7 September 2012

Bahan MASAKAN yang mampu menghilangkan KESAKITAN.


Salam, Maklumat  dari posting ini diperolehi dari buku Dr. Whitaker M.D seorang saintis dalam bidang Nutrient & kertas penyelidikan “cornell”  dan dari buku, “Benefit of fruit on skin and body” by Iqbal Bhutta, Canada.
1. Hilangkan sakit otot dengan halia:
Halia mengandungi bahan sebatian yang dipanggil “gingerols” , di mana boleh menghalang penghasilan horman yang merangsangkan “sakit”.  Gunakan dalam masakan 1 sudu kecil serbuk halia atau 2 sudu kecil halia cincang sebagai minuman sebelum tidur, sekiranya anda sering mengalami kesakitan otot.

2. Hilangkan sakit gigi dengan bunga cengkih:
Sekiranya anda selalu menghadapi sakit gigi atau sakit gusi, kunyah bunga cengkih dengan perlahan selama dua jam. Pakar mengatakan bunga cengkih mengandungi “eugenol” yang mempunyai anestetik kuat semula-jadi. Bunga cengkih juga boleh stabilkan gula dalam darah dan boleh mengurangkan kadar kolestrol yang menyebabkan sumbat arteri.

3. Menghilangkan sakit telingga dengan bawang putih.
Melegakan sakit telingga untuk cepat, titiskan 2 titis minyak bawang putih kedalam telingga yang sakit dua kali sehari selama lima hari. Ia bukan saja menghilangkan sakit yang serta-merta tapi boleh hindarkan infeksi cepat dari ubatan kimia yang biasa. Saintis mengatakan bahan aktif dalam bawang putih “germasium” dan selenium dan sebatian belererang (sulfur) secara semula jadi adalah pembunuh kepada banyak jenis bakteria yang menyebabkan sakit. Minyak bawang putih mudah disediakan dengan 3 ulas bawang putih yang diketuk (crash) dan dimasukan dalam minyak masak (kalau minyak zaiton lagi elok) dan dipanaskan sderhana. Biasanya masukkan cawan yang punyai bawang putih dengan minyak ini yang ditutup dan dipanaskan dalam bekas yang lebih besar dari cawan yang punyai air panas mendidih selama 2-3 minit. Tapis dan simpan minyak ini untuk masakan (tempuhnya kurang dari 2 minggu). Bila ingin titiskan kedalam telingga minyak ini perlu disuamkan (suam-suam kuku) sebelum titiskan di telingga.

4. Hilangkan sakit sendi yang kronic dengan kunyit.
Kunyit sebenarnya boleh hilangkan sakit, tiga kali dari parcentamol, ibuprofen atau naproxen. Kunyit juga boleh meredakan 50 peratus kesakitan penyakit kronik esperti sakit sendi. Kunyit dapat mengatasi sakit kronik ini disebabkan bahan aktif dalam kunyit digelar,” Curcumin” yang secara semula jadi menghalang enzim cyclooxygenase 2 (COX1 dan COX 2) yang menghasilkan horman kesakitan dalam sistem saraf. Kajian tentang cyclo0xygenase adalah kajian terbaru.

5. Menghilangkan sakit Endometrial  atau senggugut dengan mengambil secawan ‘oat’ setiap pagi dari makan roti.
Oleh kerana ramai peminat blog mamak haji ini dari golongan wanita , ingin terangkan sedkit tentang penyakit ini. Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit luar biasa. Semakin ramai wanita yang menghadapi. Masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran berulang kali. Ini disebabkan oleh satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh  di luar rahim. Selaput ini akan luruh bersama-sama  darah haid.  Tisu yang berkecai ini dengan darah haid berserta kuman-kuman bakteria akan menyebabkan kesakitan yang amat ditanggung. Kesakitannya biasanya di bawah perut dan pinggang biasanya sebelum atau selepas datangnya  haid. Keadaan ini adalah luar biasa.
Mengambil setiap hari secawan oat sewaktu pagi selama 6 bulan akan melegakan 60  peratus dari sakit yang dialami . Ini disebabkan oat tidak punyai gluten, protin yang merangsang horman kesakitan.

6. Menghilankan sakit perut kerana masalah penghadaman makanan dengan Jus Nenas.
Sekiranya anda sering mengalami perut kembung dan masalah “gas”, ambil segelas jus nenas setiap hari. Jus nenas secara semula jadi mempunyai enzim proteolytic yang boleh membantu penghadaman dengan menghancurkan protien yang menyebabkan kesakitan terdapat dalam perut dan usus kecil dengan segera.

7. Menghilangkan “cramp kaki atau “kejang otot kaki” dengan Jus Tomato.
Ramai di antara kita menghadapi cramp kaki yang sangat menyakitkan. Apa puncanya?. Punca sebanr ialah kekurangan “pottasium” yang mana garam galian ini disingkirkan melalui sistem diuretik atau dalam bahasa senang faham sistem pembuangan air kencing yang disebabkan seringkali mengambil minuman berkafein, kerja yang erat atau latihan senaman yang banyak mengeluarkan peluh. Biji kopi banyak mengandungi kafein. Dengan itu kurangkan minum nescafe. Minum segelas jus tomato yang kaya dengan pottasium setiap hari akan melegakan cramp kaki ini dalam masa tempuh 10 hari kata kajian dari UCLA.

8. Menghilangkan kepenatan dan keletihan dengan makan timun.
Timun mengandungi hampir semua vitamin yang diperlukan tubuh badan kita.  Sebiji Timun mengandungi  Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C, Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and Zinc. Sekiranya anda terasa terlalu penat atau tidak bermaya dari mengambil tonkat ali yang mengandugi campuran kopi, ambil sebiji timun. Timun mengandungi vitamin B dan carbohydrates  yang tinggi akan memberi tenaga yang mencukupi berjam-jam. Takut muka cepat kedut seperti orang tua, pytochemicals yang terdapat dalam timun akan menyebabkan collegen didalam kulit anda akan rapat dan megetatkan kulit anda dengan mengurangkan kekecutan kulit.
Sekiranya anda mengalami stress dan tidak ada masa untuk ke spa, potong keseluruhan sebiji timun, masukkan kedalam bekas yang mengandungi air mendidih, ambil tuala basah tutup keseluruhan kepala bersama dengan bekas air panas. Wap yang dikeluaran oleh timun akan menyejukkan muka dan memberi aroma yang sangat menyenangkan. Ia juga boleh digunakan untuk anak-anak kita yang gementar mengambil peperiksaan. Ibu-ibu cuba lakukan kepada anak-anak sebelum annak-anak pergi menduduki peperiksaan, ia amat berkesan.

9. Melegakan kesakitan cagu kaki atau bengkak ibu jari kaki dengan rendaman air garam.
Ramai diantara kita, pernah mengalami kesakitan dikaki disebabkan “cagu” atau bengkak di ibu jari kaki atau pun cengkaman kuku yang tidak tumbuh sempurna yang kesakitan sangat menyeksakan. Sekirnya anda mengalami terlalu kerap masalah ini, air garam suam adalah jawapan yang terbaik untuk menghilangkan infeksi ini. Cuma anda mengambil sebuah basin yang boleh memuatkan kaki anda, masukkan air suam yang anda boleh tahan, masukkan garam dan larutkan. Kadar ukuran kuatiti garam ialah setiap secawan air satu sudu garam. Berdiri dalam basin air garam selama 20 minit dua kali sehari. Air garam ini banyak membantu anda.

No comments:

Post a Comment