Saturday, 4 August 2012
Seorang nenek yang tinggal di Kota Xianyang, China mempunyai seekor kucing jantan yang mempunyai sepasang sayap di atas badannya. Menurut kata nenek tersebut, dia tidak menganggap ketumbuhan yang berlaku itu menganggu kehidupan kucingnya.
Kucing Luar Biasa Mempunyai Sayap | Kalau sebelum ini kita pernah dihidangkan dengan cerita-cerita kartun bertajuk catdog yang mana berkisar seekor kucing dan anjing mempunyai satu badan yang sama. Tetapi kali ini ia agak berlainan dan nyata berlaku di alam realiti. Kucing luar biasa ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya. Jom kita tengok gambar pelik kucing bersayap ni.
Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu yang membentuk sayap. Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tersebut tak menggangu kehidupan anak kucing tu.
Walaupun kucing ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya, ia tidak dapat digunakan sebagaimana yang kita tahu fungsi sayap tersebut. Ia boleh diklasifikasikan sebagai satu ketumbuhan yang menyerupai sepasang sayap yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment