Friday, 6 July 2012

JAMU BUATAN SENDIRI




Bahan-bahan

Ibu Kunyit, lada putih, sireh, manjakani, gula batu, garam dan madu boleh beli di pasar. (Untuk wanita campur dengan kacip fatimah jika boleh). 

Cara-caranya

Blender sireh, kunyit hidup dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan di masukkan telur ayam kampung.

Jika badan rasa panas selepas dua atau tiga hari minum jamu. Henti minum sehingga rasa badan sudah kembali "normal". Memang tak ada "side-effect" kerana semua bahan-bahan adalah herba kampong yang diamalkan turun temurun oleh orang tua-tua dahulu.

Sebaiknya minum jamu selepas sarapan pagi. Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab sekali. 

Wanita yang minum jamu ini selama seminggu, akan merasa kelainan. Tiada masalah banjir kilat yang berlebihan ketika bersetubuh. Serta merasakan cengkaman dalamannya bertenaga.

Cubalah dan beritahu hasilnya nanti.

No comments:

Post a Comment