BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
- 3 ulas bawang putih dikopek kulit.
- 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tigacili padi merah).
- 1/2 cawan gula pasir.
- 3/4 cawan air.
- 1/4 cawan cuka.
- 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
- 1 sudu besar tepung jaging dicaikan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama i minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
No comments:
Post a Comment