Thursday 19 July 2012

Cara buat sendiri garam masala


BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan

No comments:

Post a Comment