Thursday 19 July 2012

membuat pes tomyam sendiri


Bahan-Bahan:
  • 1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
  • 1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
  • 3/4 cawan minyak masak.
  • 25-30 cili kering.
  • 1/4 sudu (tbsp) garam.
  • 1/2 cawan udang kering.
  • 2 1/2 – 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
  • 1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
  • Kiub Belacan  basah satu inci X satu inci.
  • 1/3 – 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
  • 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil.
5. Adunkan semua perencah di atas dengan  2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes tomyam anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.

No comments:

Post a Comment