Saturday, 9 February 2013

KUCING MEMILIKI 2 WAJAH



Venus adalah kucing yang paling misteri di dunia. Kucing ini mempunyai ciri-ciri yang 
belumdapat dijelaskan dengan jelas dalam sains. Venus punya dua wajah dan bermata biru.

 Venus telah mempunyai laman Facebook sendiri, demikian juga video di Youtube. 
Akaunrangkaian sosial milik kucing ini telah dilihat oleh berjuta-juta orang. Keunikan 
venusmenjadi kekaguman.

Wajah Venus terbahagi dua. Salah satu sisi wajah kucing ini berwarna hitam dengan 
matahijau. Sementara, sisi yang lain berwarna coklat oren dengan mata biru. Wajah 
kucing initepat "terbelah" di tengah.

Mata Venus juga berwarna biru, padahal mata kucing seumpamanya biasanya 
berwarnakuning atau hijau. Mata biru biasanya didapati pada jenis kucing 
Siamese atau kucing yangsebahagian besar tubuhnya berwarna putih.
 Leslie Lyons, profesor dari University of California, Davis, yang mempelajari genetik
 kucingmengatakan, "Dia (Venus) sangat-sangat jarang ditemui. Tapi anda boleh
 menjelaskan danmemahaminya."

Seperti dipetik National Geograpfic, Lyons menambah, "Dia adalah salah satu misteri."

Banyak laporan menjelaskan bahawa Venus adalah chimera. Dalam mitologi, chimera

adalah raksaksa yang merupakan gabungan dari pelbagai haiwan. Sementara, kucing
chimera adalah kucing dengan dua jenis DNA, terjadi kerana gabungan dua embrio.

Kucing chimera jarang ditemui. Banyak kucing jenis tortoiseshell jantan yang merupakan

chimera. Warna hitam dan spot berwarna oren menandakan bahawa kucing mempunyai
tambahan kromosom X.

Namun demikian, kucing betina sudah mempunyai dua kromosom X. Jadi, bintik oren

 bolehmuncul tanpa adanya tambahan kromosom X. Jadi, jelas bahawa Venus bukanlah
chimera.
 Untuk mengetahui bagaimana Venus boleh mempunyai ciri-ciri itu, ujian DNA perlun
dilakukan. Lyons menceritakan, sampel DNA masing-masing sisi wajah boleh diambil 
dandianalisis.

Lyons mengesyaki, ciri tersebut muncul kerana proses perkembangan Venus. Pada

 awalnya,gen yang menentukan pewarnaan hitam berfungsi di salah satu sisi wajah dan 
genpewarnaan oren di wajah lain. Ketika berkembang, dua bahagian bertemu tepat di 
tengah,menghasilkan kucing yang punya dua wajah.

No comments:

Post a Comment