Tuesday, 12 February 2013

BAHAYA KUTU PUBIK




Sebahagian besar  masyarakat tidak menyedari perbuatan menyimpan bulu ari-ari dan bulu
 ketiak sebenarnya mendedahkan mereka kepada jangkitan kutu pubik yang diklasifikasikan 
sebagai salah satu penyakit kelamin yang serius dan sebagai penyakit bawaan seksual 
atau (STD)
Secara fizikalnya kutu pubik berwarna kuning kelabu dan berukuran 2mm panjang. 
Sebagaimana kutu kepala, kutu pubik juga menghisap darah manusia  yang dihinggapinya. 
Tetapi kutu ini hanya tinggal di kawasan pubik atau ari-ari dan kekadang pada bulu ketiak,
 bulu dada dan bulu kening. Jangkitan kutu pada ari-ari dikenali sebagai pediculosis.
Jangkitan pada bulu kening dikenali sebagai phtriasis palpebrarum. Kesan jangkitan kutu
 pubik ini boleh dikesan melalui symptom berikut:
  •          Kegatalan keterlaluan pada bahagian yang dijangkiti
  •      terdapat serbuk hitam di dalam seluar kesan buangan kutu ini
  •      Terdapat telur-telur berwarna perang pada bulu



Selain sukar dirawat, jangkitan kutu pubik ini juga biasanhya berjangkit melalui hubungan
 seksual , selain itu ia juga mudah berjangkit melalui perkongsian pakaian atau tuala, 
tempat tidur ataupun tempat duduk tandas. Menarik untuk dicatatkan bahawa walau pun
 terdapat beberapa rawatan terhadap jangkitan ini seperti penggunaan krim dan syampoo
 khas, tetapi cara yang paling berkesan adalah dengan mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak.
 Ini bertepatan dengan sunnah rasulullah.

No comments:

Post a Comment