Thursday, 24 January 2013

kesalahan ketika memanaskan badan




Warm Up



Mike Clark, CEO Akademi Perubatan Sukan Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 Kesalahan biasa yang sering dilakukan tanpa disedari.

1. Tidak Melakukan Pemanasan Sebelum Bersukan
Memanaskan badan amat penting, namun jangan lakukan regangan semasa otot-otot dalam keadaan dingin. Perkara yang harus dilakukan adalah merelakskan dahulu otot sebelum membuat regangan.

2. Melompat Semasa Pemanasan
Memanaskan badan juga dikenali sebagai regangan statik. Oleh itu kita tidak disarankan melakukan banyak pergerakan termasuk melompat. Hal ini kerana setiap individu mempunyai ketidakseimbangan otot yang boleh menyebabkan jaringan parut terbentuk pada otot. Jaringan itu pula adalah seperti gam. Apabila sering melompat-lompat, sistem saraf akan membuatkan parut itu semakin merebak

3. Memanaskan Badan Terlalu Lama
Walaupun sesi memanaskan badan itu adalah penting, namun ia tidak perlu dilakukan dengan terlalu lama. Kajian membuktikan pemanasan statik sama ada selama 20 saat, 60 saat dan 90 saat memberi kesan yang sama. Oleh itu, cukuplah melakukan pemanasan selama 20 saat sebelum melakukan pergerakan yang lain.

4. Tiada Regangan Semasa Pasca Latihan
Melakukan regangan semasa pasca latihan senaman juga sangat penting kerana ia mampu mempercepatkan pemulihan. Ketika anda bersenam, otot-otot akan tersentap dan perlu kembali pada keadaan normal dengan melakukan sedikit regangan atau 'cool down'.

5. Tidak Perlu Regangan Setiap Hari
Setiap hari anda melakukan pelbagai aktiviti seperti duduk, berjalan, tidur, menghadap komputer atau memakai kasut tumit tinggi yang menyebabkan otot menjadi tegang dan mengeras. Oleh itu, regangan setiap hari wajib dilakukan agar tubuh tetap seimbang.

6. Merasa Sudah Lentur
Walaupun dahi mampu menyentuh lutut, jangan menganggap tubuh sudah cukup lentur. Ini kerana mungkin terdapat otot di bahagian tubuh lain yang tidak selentur itu. Tidak ada ruginya melakukan regangan kerana terdapat pelbagai manfaat di dalamnya.

No comments:

Post a Comment