Daftar rebat telefon pintar : Kalau sebelum ini URL nbi.skmm.gov.my digunakan bagi memaparkan beberapa program yang diuruskan oleh SKMM Malaysia termasuklah rebat telefon pintar RM200. Walaubagaimanapun, pihak SKMM Malaysia senaraian program ini telah ditempatkan di halaman utama portal agensi SKMM.
SKMM Komunikasi Belia : Daftar Rebat Telefon Pintar RM200
Anda pergi laman utama portal SKMM
=> www.skmm.gov.my
Anda boleh KLIK pada Program Rebat Telefon Pintar SKMM Komunikasi Belia
=> komunikasibelia.www.skmm.gov.my
SKMM Komunikasi Belia : Tutorial Daftar Rebat Telefon Pintar RM200
Anda pilih samada anda daftar sebagai seorang yang masih lagi belajar lagi ataupun sudah bekerjaya
- Langkah 1 : Buka laman web SKMM (https://komunikasibelia.skmm.gov.my/). Klik pada Borang Permohonan Dalam Talian Pekerja/Pelajar.
- Langkah 2 : Isi dan lengkapkan butiran peribadi anda. Klik Seterusnya.
- Langkah 3 : Isi maklumat internet/data plan anda jika ada. Lengkapkan ruangan sosial anda. Klik Seterusnya.
- Langkah 4 : Isi maklumat pengajian anda beserta kad pelajar. Klik Seterusnya.
- Langkah 5 : Terima Akuan Pengesahan dengan tanda pada kotak yang disediakan. Klik Daftar Rebat Telefon Pintar untuk sahkan atau Semak Semula untuk semakan.
- Langkah 6 : Semak status daftar telefon pintar RM200 anda dan cetak maklumat sebagai rujukan.
- Langkah 7 : Semak emel anda untuk mendapatkan butiran permohonan rebat telefon pintar anda.
- Langkah 8 : Butiran anda akan di hantar dalam format PDF.
Tahniah kami ucapkan! Anda telah berjaya daftar untuk mendapatkan rebat SKMM Komunikasi Belia. Anda diberi masa selama satu (1) bulan untuk menebusrebat telefon pintar RM200 anda. Jika anda gagal berbuat demikian, anda hanya boleh membuat permohonan baru selepas dua (2) bulan dari tarikh permohonan terdahulu tamat.
Selamat memohon dan semoga berjaya!
P/S : Maklumat lanjut mengenai rebat telefon pintar RM200 SKMM Komunikasi Belia BOLEH SEMAK SINI
No comments:
Post a Comment