Sunday, 15 July 2012

Gulai Tempoyak Ikan Kembung




Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
Cara memasak:
 
  1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
  2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
  4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.


Ikan Kerapu Masak masam Manis





Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
 

  1. Gaulkan bahan-bahan  $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih.  Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:

Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
  

Friday, 6 July 2012

Ramuan membuat dedak utk memancing ikan


dedak hancur utk anak ikan keli 1 kg
jagung hancur setengah kg
perisa pandan star brand setengah botol
air daun pandan setengah cawan
otak udang satu botol
tepung jagung setengah kg


gaul kesemua nya jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut... insyaallah....

kalau takl habis simpan dalam petiu ais... leh guna balik bebila nanti...

lampam pun bedal umpan nie... patin.. rohu... tongsan... 

JAMU BUATAN SENDIRI




Bahan-bahan

Ibu Kunyit, lada putih, sireh, manjakani, gula batu, garam dan madu boleh beli di pasar. (Untuk wanita campur dengan kacip fatimah jika boleh). 

Cara-caranya

Blender sireh, kunyit hidup dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan di masukkan telur ayam kampung.

Jika badan rasa panas selepas dua atau tiga hari minum jamu. Henti minum sehingga rasa badan sudah kembali "normal". Memang tak ada "side-effect" kerana semua bahan-bahan adalah herba kampong yang diamalkan turun temurun oleh orang tua-tua dahulu.

Sebaiknya minum jamu selepas sarapan pagi. Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab sekali. 

Wanita yang minum jamu ini selama seminggu, akan merasa kelainan. Tiada masalah banjir kilat yang berlebihan ketika bersetubuh. Serta merasakan cengkaman dalamannya bertenaga.

Cubalah dan beritahu hasilnya nanti.

TEKNIK URUTAN WAJAH


  1. Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun dari tidur.
  2. Sebenarnya, itulah masa yang sesuai untuk mengurut wajah.
  3. Gunakan jari telunjuk kedua2 belah tangan.
  4. Mula2, letakkan kedua2 tangan di bawah mulut (dagu).
  5. Pusingkan jari ke pipi , pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  6. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya dengan cara menurun kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan di wajah.
  7. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

                          

Thursday, 5 July 2012

Rahsia Unsur Tanah, Air, Api, Angin Bongkar Peribadi Cinta Wanita

Unsur-unsur tanah, air, api, angin


rahsia unsur tanah, air, api, angin bongkar peribadi cinta wanita. Unsur ini dikira mengikut turutan anak ke berapa contohnya anak pertama=tanah, anak kedua=air, anak ketiga=api dan anak keempat=angin serta seterusnya berulang kembali unsur dari awal. Contoh mudah seperti kat bawah;
Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
Air – kedua, keenam, kesepuluh
Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin- keempat, kelapan, keduabelas


                                                      WANITA BERUNSUR TANAH
Tanah


1. Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2. Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3. Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4. Tidak suka membantah atau membangkang.
5. Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
                                                            WANITA BERUNSUR AIR
Air
1..Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2. Mengambil berat
3. Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4. Menenangkan pasangan
5. Sangat romantis
6. Mudah menangis
                                                        WANITA BERUNSUR API
Api1. Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2. Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3. Penasihat yang baik
4. Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6. Berwaspada selalu
                                                           WANITA BERUNSUR ANGIN
Angin
1. Lemah lembut dan menenangkan
2. Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4. Bijak mewujudkan suasana selesa.
5. Hati yang cepat berubah-ubah

Rahsia Warna Aura Bongkar Peribadi


Merah
Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.
Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.
Jingga
Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.
Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.
Kuning
Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat yang saya maklumkan pada artikel saya sebelum ini. Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.
Hijau
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.
Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Biru
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.
Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.
Ungu
Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh dijelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Rahsia Tulisan Tangan Bongkar Peribadi

handwritting


Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi danPersonaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

So, apa korang punya tulisan dan peribadi?? Betul tak sama dengan description di atas??

18sx - Gambar Kemaluan Manusia Khunsa




Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.
Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.

p/s: Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.


Sumber: 18sx - Gambar Kemaluan Manusia Khunsa | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2011/12/18sx-gambar-kemaluan-manusia-khunsa.html#ixzz1zl6L5fCB

Cara Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit. Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamanya ketika mencari calon isteri.


1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka menunduk ketika berjalan

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan menatap lurus ke depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan nampak tegak ketika berjalan

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian


Sumber: Cara Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2011/11/cara-mengenali-wanita-dengan-melihat.html#ixzz1zl56dBt2