Monday 14 January 2013

Apa itu QR Code ?


Jika anda sudah dilengkapi dengan smartphone seperti Blackberry atau iPhones, teruskan scan QR Code di atas. Ia akan membawa anda ke website Kursus Memborong ke China.
Apa itu QR Code ?
QR bermaksud Quick Response. Code ini sudah dikeluarkan oleh sebuah Syarikat Jepun Denso-Wave sejak tahun 1994  dan digunakan secara meluas di sana.
QR Code ini adalah Code 2D yang boleh menyimpan data di dalamnya. Ia boleh menyimpan alamat website, alamat email, alamat rumah kediaman, karangan, URL youtube, sebarang nombor telefon dan banyak lagi.
Bagaimana Untuk Scan QR Code ?
Jika anda menggunakan Blackberry atau iPhone, anda boleh cari dan download software dengan kata “QR Code Scanner/Reader”. Setelah anda download software ini, anda boleh cuba scan code di atas ini.
Bagaimana pula untuk membuat QR Code ?
Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Salah satu yang saya biasa gunakan adalah http://goqr.me/
Di situ nanti, anda masukkan URL Website anda, teks atau nombor dan website itu akan menyediakan code ini untuk and download.
Kelebihan QR Code ?
Anda tidak perlu lagi menulis atau copy paste alamat pejabat atau alamat email atau website yang panjang lagi. Anda boleh sekadar scan dan ia akan mendapatkan semua maklumat ini tadi.
Kelemahan QR Code ?
Hanya pengguna yang menggunakan smartphone sahaja yang boleh scan code ini buat masa ini. Pengguna dengan telefon biasa walaupun dengan kamera tidak boleh gunakannya.

No comments:

Post a Comment