Tuesday 31 July 2012

resepi tofu fa




Bahan-bahan :
  • 300g kacang soya
  • 12 cawan air
  • 3 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh ubat tauhu..blh dapat kat kedai ubat cina, nama lain gypsum atau calcium hydroxide

Cara-cara membuatnya :

  1. Rendam kacang soya semalaman dalam 4 cawan air..lebih pun x pe.
  2. Toskan kacang soya dan blend dengan 12 cawan air.
  3. Tapis soya yang dah dikisar menggunakan tapis teh yg biasa diguna kat kedai mamak tu..kalau x de boleh guna kain muslin atau kalau dah terdesak sangat..ambik lah tudung bawal korang yang dah x pakai tu..buat tapi..kih kih..tapi make sure bersih lah.
  4. Tinggalkan secawan air soya yang terhasil dan selebihnya didihkan sambail kacau..kalau x kacau nanti berkerak pulak kat dasar periuk.
  5. Campurkan ubat tauhu dan tepug jagung ke dalam secawan air soya tadi dan kacau hingga larut.
  6. Tuangkan campuran tadi ke dalam mangkuk Corningware 5 liter atau bekas pyrex ke..yang boleh kekalkan haba lah.
  7. Tuangkan air soya yang mendidih tu ke dalam bekas corningware tadi dan tutup.
  8. Biarkan selama 45 minit pada suhu bilik, JANGAN alihkan bekas setelah tuang soya mendidih.
  9. Dan jangan buka penutup sehingga tofu fa menjadi, lebih kurang 45 minit lah..atau bg extra 15 minit, just to be sure.
  10. Dah siap!! Boleh makan dgn air gula atau lagi sedap makan dgn gula melaka..yummy!!

Inilah hasilnya...SEDAPPP!!

Saturday 28 July 2012

cara membuat free call


Assalamualikum. Pastinya, sesiapa yang baca tajuk kat atas tu mesti tertanya-tanya. Apa yang dimaksudkan dengan panggilan tu? Ianya subjektif. Boleh ditafsir dengan banyak benda. Tapi, kalau baca dalam whitemixpinkroses.blogspot.com, insyaallah, skopnya xlari jauh. Apa yang saya maksudkan dengan panggilan percuma tu? 
Kalau korang nak tau, www.freecall.com membolehkan kita buat panggilan percuma didalam Malaysia. Konsepnya mudah saja. Server freecall akan telefon handphone/landphone kita dan kita jawab/angkat dan server freecall akan telefon orang yang kita telefon. Lepas tu, kita boleh bersembang la. Ada sedikit kelemahan menggunakan freecall ni.
Apa kelemahannya? Kelemahannya adalah, setiap apa yang kita cakap/ suara kita lambat sampai.
Dan, freecall ni jugak xleh digunakan untuk urusan rasmi. Takut-takut ada yang salah faham.
Tak sabar2 nak try free call ka? Meh saya ajar..

cara nak ganggu kawan dengan free call

Assalamualaikum..
kepada sesiapa yang tengoh boring xde keje...jom ganggu rakan/musuh/kekasih nak?
sistem ini dikendalikan oleh Yellow page..jadi korang boleh buat panggilan percuma ke tuan kedai/syarikat...cuma masukkan no telefon anda...dan dia akan hubungi korang...haha
best kan?jom la kenakan rakan tu...haha

1.Pergi ke laman Yellowpages.com

di kotak Find..taip je apa yang korang suka...
2-lepas tu akan keluar list macam ni...Klik Free Call....


3- Di kotak phone number...taipkan nomborsendiri/rakan/kekasih gelap/musuh..haha
tunggu 2-3 saat...masuk la panggilan tu...
dia akan redirect panggilan korang ke tuan kedai/syarikat tu..

P/S:amacam dah ganggu?best?haha...buat la macam tu tiap2 hari...konpem tak lena tidur orang tu...last tukar nombor baru...haha

sup gear box merah


Sup Gear Box Merah













Sup Gear Box Merah

bahan utama
Gear Box/Tulang - campur kedua-duanya
3 ulas bawang merah - letak 5 ulas
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inch halia
1/4 inch lengkuas
5 tangkai lada kering - letak 2 sudu besar cili kering yg dah blender
6 biji buah tomato-potong 4

bahan tumis
buah pelaga
bunga lawang
lada hitam-banyakkan sikit lagi sedap.
kulit kayu manis
bunga cengkih-skit je

bahan tambahan 
2 biji buah tomato-potong dadu
daun sup & sadri - tabur
bawang merah goreng -tabur
bwang putih goreng - tabur
limau nipis - tuk perah time nak makan.
minyak masak-secukup utk menumis dgn goreng bawang.
air utk rebus tulang-sukatan tenggelam skit dah ok
2 btg carrrot-*optional

Cara buatnya: 

1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta rempah ratus*buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) goreng bawang yang nak ditaburkan dulu pas tu balance minyak dalam sesudu besar buat tumis bahan blend tadi k*tuk aroma yang wangi heeeee..petua*
4)Dah sudah masukkan dalam gear box/tulang yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang tu.
5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.
6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri& buah tomato potong dadu.
7)time nak makan perahkan limau nipis sket sesedap rasa*takmopun takper.

nota :
tambahan;potong 5 ulas bawang merah@ 1/2 labu bwg besar yg warna merah.tumis dgn bahan tumisan hingga layu dan wangi,masukkan dulu dlm periuk.tinggalkan minyak utk menumis bahan2 yg diblend.letak juga btg daun bawang dlm kuah sup semasa memasukkan tomato yg dipotong 4 utk menyedapkan lagi kuah.tips mudah nak tahu daging dan empuk....tengok daging dah lekang sikit dari tulang...tu tanda daging dah empuk



sedang mendidih....panas-panas dlm periuk. dah hampir masak setelah 2 1/2 jam dlm periuk.



nak lagi sedap semasa mkn tabur bawang goreng,daun bawang dan perah limau....mmg powerrrr....



isi gear box dah separuh kena potong.nak mudah, potong daging dgn pisau&gunting semasa nak mkn....

Sunday 22 July 2012

cara pembuatan sabun

Bahan/raw material yg diperlukan

1. 1 botol larutan lye (sodium hydroxide)
2. 6 kampit + 650 ml minyak masak apa2 brand (kalu nk jimat kos,guna yg dalam kampit plastik cap roda terbang or cap tiga bulatan)
3. 1 botol 700 ml minyak klapa dara (VCO)
4. 95 ml pewangi
5. 1 camca pewarna (dilarutkan)


Bahagian 1 - Proses adunan

cara buat sendiri ramuan mencantikkan kulit leher


bhn:
madu( 2 1/2 sudu besar)
minyak zaitun( 2 1/2 sudu kecil)
telur kuning( 2 biji)


cara2 nya:
gaul sebati ramuan di atas& di simpan di dalam
botol kaca selama 24 jam.


cara pemakaian:
usap ke leher selam 20 minit kemudian bilas dgn air
bersih...
slmt mencuba...

cara buat sendiri sabun madu


bhn2:
madu lebah( 1 1/2 senduk makan)
minyak zaitun( 3/4 senduk makan)
sabun yang sudah dihancurkan( 9 senduk)


*kuantiti setiap amaun blh diubah  mengikut byk mana anda mahu cnth "tukar
amaun senduk dgn sudu besar,jika mau mencuba dalam kuantiti yang
sedikit*


cara2nya:
panaskan sabun hingga cair,lalu masukkan
minyak zaitun,tutup api kemudian masukkan
madu,tutup ke dlm bekas&biarkan membeku,
setelah membeku blh la di potong2 & di gunakan.

p/s: sabun yang di gunakan untuk membuat sabun
 blh di beli di kedai2@ pasaraya,tapi mesti mempunyai
ciri2 berikut, 1) xberwarna 2)xberbau  3)tranparent.

mandian untuk kesegaran & energi


bhn:
daun salam yang dihancurkan(8 senduk)
air mendidih(870ml)
cuka epal(870ml)

cara2nya:
tuang air panas ke daun salam yang di letakkan
di dalam besen/bekas& biarkan selama 30 minit
 untuk memperolehi rendaman ekstrak,tapiskan air
daun salam tersebut kemudian masukkan cuka epal,
ramuan2 yang sudah siap di masukkan ke dalam botol
kaca.

cara pemakaian:
masukkan 570ml ramuan di atas ke dalam air mandi,
&berendam la selam 15-20  minit, ramuan ini mengembalikan
kesegaran tubuh badan.

cara membuat conditioner semulajadi


bhn:
daun mint kering( 4 senduk makan)
air(1.15 liter)
cuka epal/cuka putih(1.15 liter)

cara2 nya:
daun mint di rebus selama 10 minit di dlm
periuk bertutup&biarkan sejuk selama 1jam
kemudian masukkan cuka epal,ramuan yang sudah
siap dimasukkan ke dalam botol kaca&di simpan selama
47 jam sebelum digunakan.

cara pemakaian:
selepas bersyampu,bilas la dgn ramuan conditioner
tersebut,&hendak lah di bilas kali ke 2 dgn ramuan conditioner
yang dicampur dgn air kira2 280ml sebagai bilasan terakhir
selamat mencuba....kalau kurang faham sila komen...
insyaalah sy akan balas.

cara membuat mandi pupur


bhn:
kcg soya (di kisar halus)
dadih
serbuk badam
madu

cara2 nya:
bhn2 di atas di gaul bersama&digosok
 ke kulit hingga kering, kulit akan kelihatan
gebu,halus,lembut&lembab. 
selamat mencuba....

Friday 20 July 2012

cara membuat shampoo sendiri


  • Campuran baking soda: Baking soda atau juga di kenal dengan nama sodanya bicarbonat, banyak tersedia di supermarket, kedai, atau pasar. Sebelum menggunakannya, campurkan satu sudu besar makan baking soda dengan segelas air panas ke dalam botol plastik, lalu sebati kan. Gunakan pada rambut dan ratakan. Setelah itu bersihkan.
  • Apple Cider Vinegar: ACV atau cuka yang diperbuat dari sari buah epal, memang akan berbau seperti cuka. Tapi jangan bimbang, setelah di bersihkan bau itu akan hilang. Jika tidak, bererti anda menggunakannya terlalu banyak. Campurkan 1-2 sendok makan ACV dengan segelas air ke dalam botol plastik. Lalu gunakan pada rambut, dan bersihkan.
  • Jus lemon: Campurkan jus yang diperbuat dari lemon, dengan conditioner. Lalu gunakan pada rambut. Kemudian bersihkan.

Thursday 19 July 2012

cara membuat dry shampoo sendiri

img
bhn:
tepung jagung(1 senduk)
garam(1 senduk)
minyak essential(utk mengharumkan)


cara2nya:
campur semua bhn2 tersebut&disapukan ke kulit kepala,
biarkan sebentar supaya minyak di rambut meresap ke bahan 
tersebut,kemudian sikat untuk menghilangkan dry shmpoo tersebut.


p/s: dry shmpoo diminati sbb xperlu dibilas selepas pemakaian

membuat rempah kari sendiri


Resepi Rempah untuk resepi 1/2 kg. Ikan masak kari:
  • Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
  • 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • Nota: Perhatikan sekiranya penyediaan rempah untuk ikan, garam masala tidak digunakan. Garam masala?. apa benda itu?….cuba cari resepi rempah masala di blog saya. Sekiranya masak daging atau ayam perlu gunakan serbuk garam masala.

membuat pes tomyam sendiri


Bahan-Bahan:
  • 1 1/2 cawan hirisan bawang merah (gunakan bawang goreng yang telah siap).
  • 1 cawan hirisan bawang putih 30-40 ulas.
  • 3/4 cawan minyak masak.
  • 25-30 cili kering.
  • 1/4 sudu (tbsp) garam.
  • 1/2 cawan udang kering.
  • 2 1/2 – 3 sudu besar (tbsp) air asam jawa pekat.
  • 1-2 sudu sos ikan (mengikut rasa).
  • Kiub Belacan  basah satu inci X satu inci.
  • 1/3 – 1/2 cawan gula melaka atau mengikut rasa.
  • 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Goreng Bawang Putih memerlukan kesabaran. Kalau boleh dapatkan yang telah goreng siap. Goreng bawang putih gunakan sedkit minyak minyak dan sekali-sekala kacau rata sehingga hirisan bawang putih bertukar warna kepada keemasan. Keluarkan dan tapis minyaknya. Minyak gorengan ini jangan buang. Simpan untuk semasa masak sambalnya.
2. Panaskan kuali (tanpa minyak), goreng kering cili kering dengan sedkit garam dengan api dapur yang sederhana. Garam digunakan untuk mengelakan asap yang dikeluarkan oleh cili kering. Asap ini pedihkan mata dan kerongkong. Kacau selalu sehingga keluar aroma haruman dan cili bertukar kepada warna perang. Selepas keluarkan cili, gorengkan pula udang kering sehingga aromanya keluar. Keluarkan dan sejukkan sebelum dikisar halus.
3. Bungkuskan belacan basah dalam alluminium foil dan bakar dengan api dapur gas yang terdedah dengan memegang dengan penyepit makanan. Pusingkan sentiasa untuk dapatkan pembakaran yang sekata. Bakar sehingga baunya menusuk ke hidung anda. Sejukan dan potong bahagian kecil-kecil.
5. Adunkan semua perencah di atas dengan  2 1/2 cawan air, 3 sudu besar asam jawa, 1-2 sudu besar sos kicap ikan, 1/3 cawan gula melaka dan 2 sudu besar air dan kisar sehingga halus. Panaskan kuali api yang sederhana dan masukkan baki minyak yang telah digunakan untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga sambal pecah minyak. Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu. Pes tomyam anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup. Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.

Cara buat sendiri garam masala


BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan

sup cendawan berkrim


BAHAN-BAHAN:
  • 3 cawan cendawan butang  dalam tin atau Gunakan cendawan kering. Masukan air mendidih dalam sebuah bekas. masukan cendawan kering. Biarkan dia kembang dan basuh dan buang akarnya atau bahagian keras di batangnya.
  • 1 cawan bawang besar (jenis kuning – Bawang Holland kalau ada) dihiris kiub.
  • 3 ulas bawang putih. Belah dua ulas bawang putih dan buang pucuk yang terdapat dalam bawang putih.
  • 8 cawan atau 2 liter air stok ayam.
  • 500ml susu berkrim penuh (susu kotak).
  • 1/2 cawan daun parsley english dicincang.
  • sedikit ‘thyme’ segar.
  • 2 sudu besar butter (mentega).
  • 2 sudu besar tepung gandum (cairkan dengan air).
  • 1 sudu besar worcester shire sos.
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
CARA-CARA:
1. Panaskan mentega- jangan sampai terlalu panas, mentega akan terbakar dan hangus. Tumis bawang putih, bawang dan thyme. Cuma layukan saja jangan pulak sampai garing (biasanya 1 minit).
2. Masukan cendawan dan tumis bersama dalam 2 minit  lagi. Masukan lada hitam, sos worcester shire dan air stok ayam. Biarkan sup mendidih selama 15 minit. Tutup api dapur dan sejukkan sup. Keseluruhan sup itu masukkan dalam pengisar dan tak perlu kisar lama biar cendawan kasar sedikit. Masukkan sup yang telah kisar kembali dalam stok pot dan mendidihkan. 3. Bila sup mula mendidih masukkan tepung gandum yang telah dicairkan. Kacau sup sentiasa supaya air tepungnya sebati dengan sup dan menjadi peka. (kepekatan terpulang kepada jumlah air tepung yang dimasukkan).
4. Di bekas yang berlaianan, masak susu sehingga pekat sedikit dengan sentiasa kacau susu yang mendidih. Masukkan susu dalam sup. (anda juga boleh gunakan sour cream yang tersedia).
5. Kecilkan api dapur dan bawa sup anda ke peringkat “reneh” /simmering (sup cuma keluarkan gelembung udara dipermukaan sup). Renehkan sup anda 25-30 minit untuk kepekatan. Sentiasa kacau sup. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dapur. Taburkan daun parsley di atas sup anda. Sup anda telah sedia. Selamat mencuba.

Buat sendiri sos pencicah thai


BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
  • 3 ulas bawang putih dikopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tigacili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4  cawan cuka.
  • 1/2 sudu  besar (tbsp) garam.
  • 1  sudu besar tepung jaging dicaikan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama i minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

cara buat papadom sendiri


RESEPI PAPADOM.
  • 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil rempah ajoiwan (baunya seperti rempah barat tyme) dan lebih kurang bentuk jintan manis. Kalau tak dapat cari gunakan jeera (jintan putih jenis panjang).
  • 1/4 sudu kecil baking powder.
  • garam ikut rasa sendiri.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Adunkan semua bahan-bahan diatas dalam sebuah bekas.
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papdom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup  bekas doh tersebut dan biarkan doh didalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk)  dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola  kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki.  jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.Tebal seperti keropok senang cerita.
6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari. Jangan keringkan sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara. Mustahak nya doh. Kalau tak reti naka lenyek bulat , lenyek guna acuan atau boleh potong emapat segi seperti papadom malaysia.

cara untuk membuat teh melangsingkan badan


bhn:
2 gelas air
2 sudu kecil kulit kayu manis
seketul halia(sebesar ibu jari)
1 sudu kecil madu

cara2 nya:
rebus semua bahan tersebut kecuali madu
kemudian apabila hendak di minum blh la
dimasukkan madu.

khasiatnya:
mngurang kan berat bdn sehingga 2kg-5kg
(jika diamalkan 7 minggu berturut2.)

menurunkan paras kolestrol sehingga 10% 
dalam masa 2 jam.

mencegah berlakunya pengumpulan lemak
di dlm bdn walaupun anda mengambil 
makanan yang berkalori tinggi

mempercepat proses penghadaman makanan

membuang angin & gas di dalam badan

membantu merembeskan hormon "endorphin"
yang membuatkan anada ceria sepanjang hari

mencegah berlakunya jangkitan kuman pada pundi 
kencing

menguatkan deria pendengaran

cara membuat teh halba sendiri

 
bhn:
halba ( 1 sudu besar)
air ( 2 gelas)
cuka epal/cuka anggur/cuka kurma/cuka delima( 2 sudu besar)

cara membuat sendiri scrub organic serbuk biji anggur

       
glycerin
 

minyak biji anggur

 

minyak biji delima

bhn:

1 sudu kecil glycerin(cari kt bakery supplies/murah je)
minyak biji anggur(beberapa titis)
minyak biji delima(beberapa titis)
madu(jika suka)

cara pemakaian:

campur semua bahan di atas,kemudian scrub di kulit wajah
yang sudah di basahkan terlebih dahulu dengan gerakan 
memutar dalam bulatan,kemudian bilas&lap kering.

p/s: hasilnya pasti menakjubkan dari scrub yang terdapat di pasaran...

cara buat sendiri lulur organik






membuat pencuci muka sendiri



bhn:

Wednesday 18 July 2012

Bahaya tapi cantik

Vadim Mohorov, seorang jurugambar Rusia, sanggup mengambil risiko bersama rakan-rakan untuk mengambil gambar pemandangan yang betul-betul cantik walaupun di tahap ketinggian yang menggerunkan..