Thursday 31 May 2012

Petua kecantikan mata

1-BULATAN HITAM BAWAH MATA (EYE BAG)

Hancurkan/tumbuk
daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya
selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.



2-MATA SEMBAB

Mata
sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar.
Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata
selama beberapa minit.



3-KELETIHAN MATA

Lembabkan 2
uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi
dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah sejuk, letakkannya ke
atas mata selama lebih kurang 15 minit.



PETUA MENCERAHKAN KULIT MUKA

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis (limau kasturi pun bleh gak,klu teda limau nipis)

Campurkan
kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan
biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang
pembersih muka.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.



AWET MUDA

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi, kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

MENGEMPISKAN PERUT.

#   Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.



#   Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah : 
   Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
•    Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.



1.    Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya. 



2.    Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung. 



3.    Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka

MELEMBUTKAN RAMBUT.

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Pelembab semulajadi

Bahan-bahan :

1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah 







Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.


Serai dan Madu

Apabila anda berjogging, kaki anda akan berasa ngilu,
kerana garam galian yg terdapat dalam bdn xseimbang.
Utk mengelakkan dr rasa bgitu,tumbuk 10 btg serai
hingga piph. kemudian rebus hingga mendidih, air
rebusan tersebut dimasukkan ke dlm gelas dan
campurkan dengan 1 sudu mkn madu lebah,
 minum ketika masih suam @ sesudah berlari..
SELAMAT MENCUBA....

Wednesday 30 May 2012

Naikkan seri di hari perkahwinan

bhn:
1)Bunga mawar

cara2:
mkn kelopak bunga mawar 1kelopak 1hari slma 40 hari
sebelum hari perkahwinan.

Wap muka dengan air kacang soya

Bhn:
1)kacang soya

cara membuatnya:
rendamkn kacang soya ke dalam air sehingga kembang,
kemudian blend dlm pengisar & tapiskan hampas nya,
air soya di didihkan sehingga mendidih,tuang ke dlm besen,
taburkan kelopak bunga ros @ apa2 bunga yg wangi baunya,
lalu serkup kan kepala anda dgn kain tuala ke besen utk mengepung
wap air kacang soya tadi....slmt mencuba.....

cara membuat mask muka cara tradisional



















bhn: