Monday, 1 October 2012

Sambal Pauh Ikan Kering


Sambal pauh ikan kering adalah salah satu makanan tradisional Kelantan. Mungkin di negeri lain terdapat sambal yang menggunakan mangga muda dan ikan kering ini. Cara membuatnya mudah tapi memerlukan kesabaran. Caranya seperti tertera di bawah.


Ikan kering (bukan ikan masin) jenis gelama belah sederhana besar dibakar. Asingkan isi ikan daripada tulang. Tumbuk isi ikan kering sehingga lumat seperti dalam foto.

Tumbuk isi ikan kering yang telah lumat tadi bersama lada burug atau cili api. Saya menggunakan 10 biji lada burung. Tumbuk kedua bahan ini sehingga lada hancur. Masukkan mangga muda yang telah dikupas kulit dan dipotong(dicincang). Tumbuk ketiga-tiga bahan ini sehingga semuanya sebati.

Sambal pauh ikan kering yang masam, pedas dan masin sangat menyelerakan bila dipasangkan dengan nasi panas, ikan atau daging singgang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment