Monday 1 October 2012

LAT TUT


Inilah rupa lat tut

Lat tut dari jarak dekat

Lat tut? Apa itu lat tut? Namanya agak unik dan pelik. Mungkin juga pembaca tidak pernah mendengar nama lat tut dan tahu mengenainya. Lat tut merupakan sejenis rumpai laut yang dijadikan ulaman di kalangan penduduk Langkawi. Lat tut ini biasanya tumbuh di laut yang agak dalam dan perlu menyelam ke dasar laut untuk memperolehinya. Lat tut seperti dalam foto ini boleh di beli di pasar basah dengan harga RM7.00/kg. Lat tut tidak selalu didapati di pasaran kerana ianya bermusim. Rasanya sedikit masin, rangup, lembut dan mempunyai bau seperti air laut kerana ia hidup di dasar laut.

No comments:

Post a Comment