Monday 1 October 2012

khasiat senduduk

Senduduk
























Pokok Senduduk ini tidak jemu jemu menganugerah kami dengan bunganya yang cantik.  Namun begitu kami tidak pernah berpeluang mengumpul benihnya kerana pokok ini tidak pernah sempat bebuah ranum.  Biasanya putik buah ini luruh sebelum ranum.

Daun senduduk digunakan di dalam perubatan tradisional.  Daunnya dilumatkan dan ditempek pada kulit yang melecur terkena api atau air panas.  Buah yang masak pula dilumatkan  dan ditampal pada luka kecil.  Ada pula yang memakan kelopak bunganya sebagai penyeri wajah.  Macam-macam.  Sebenarnya saya ada juga mengutip kelopaknya untuk dibuat salad.  Bukan untuk penyeri wajah. Kelopak senduduk ada rasa manis sedikit.:)

No comments:

Post a Comment