Monday 1 October 2012

Kesum, Herba Dan Perisa Yang Diabaikan
























Pokok Kesum amat istimewa.  Tanaman herba ini tumbuh subur di tanah yang mempunyai air yang bertakung. Ia enak dijadikan perisa makanan.  Saya dapati, daun kesum yang dikeringkan dan dijadikan serbuk amat sesuai dijadikan perisa makanan.  Malangnya saya belum pernah jumpa serbuk kesum dalam botol perisa belum dijual dimana-mana.  Mungkin kerana rasa dan bau kesum dikaitkan dengan laksa penang.  Tapi kalau orang yang tidak biasa dengan masakan tempatan, perisa ini amat enak.  Saya pernah campur perisa ini dengan garam, bila ditabur di atas mee goreng, sedapnya....  Kalaulah pokok ini dapat kat orang luar, pasti dah lama dikomersialkan.  Pasti ramai yang akan jadi jutawan. Di negara kita, kesum hanya berakhir di pasar, tidak dikomersialkan secara besar-besaran. 

No comments:

Post a Comment