Friday, 14 September 2012

JOM CUBA!!!Resepi asli AYAM PENYET



RESEPI AYAM PENYEK:
hidangan : 6 orang.
Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat.  Masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. 
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
  • 6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai (diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.)
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. 
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. (Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. )
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih
  • 1 sudu besar gula merah. 
BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).
  • 5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.
Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. 
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  iaitu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment