Saturday 25 August 2012

anak kucing bermata satu




Sesuatu yang sangat luar biasa apabila seekor anak kucing dilahirkan hanya mempunyai satu mata sahaja..

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang ketika sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin telah menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip seperti kera yang dilahirkan oleh seekor kucing liar di pekarangan stor berkenaan.



Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya bertahan selama tempoh 24 jam sahaja selepas ia ditemui mati keesokan paginya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu untuk diminum oleh anak kucing berkenaan. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu telah memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.








 ini pula penemuan Kucing Bermata Satu di SABAH, Di khabarkan peristiwa ini berlaku di Kota Belut ,Sabah, Ditemui oleh suri rumah yang bernama Zaidah (40).. kecoh dengan penemuan ini di perumahan di sabah.. 


Kuasa Allah... Tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan kehendak. Gambar ini diambil dari akaun Facebook HAYATI LAH. Menurut Hayati, kucing yang dilahirkan semalam di Kota Belud, Sabah.  (27.8.2012) Kucing bermata satu ini adalah milik sepupunya. Berikut adalah petikan dari gambar yang diambil oleh beliau menggunakan telefon bimbit.

Klik Gambar Untuk ZOOM
Namun hayat kucing tersebut tidak panjang. Kucing bermata satu ini telah mati pada tengah hari tadi (28.8.2012). Berikut saya akan kongsikan gambar-gambar yang diambil oleh beliau.







Jangan ada yang kata ia DAJAL lak ya.. Ini semua kuasa ALLAH..

No comments:

Post a Comment